Mayat dalam pesawat terhempas sah Emiliano Sala

Penyiasat Britain menemui mayat dalam bangkai pesawat yang membawa pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala, kelmarin. - Foto Reuters
Penyiasat Britain menemui mayat dalam bangkai pesawat yang membawa pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala, kelmarin. - Foto Reuters
A
A
A

LONDON - UNITED KINGDOM. Mayat dikesan oleh penyiasat Britain dari bangkai pesawat yang terhempas di Selat Inggeris dikenal pasti sebagai pemain bola sepak Emiliano Sala, kata polis semalam.

Mayat penyerang Argentina itu mula dikesan oleh penyelamat dengan kenderaan kawalan jauh (ROV) pada Ahad dekat lokasi pesawat hilang berhampiran Kepulauan Guernsey.

Ia ditemui pada Rabu dan dibawa ke Isle of Portland di selatan England ke atas sebuah kapal khas Geo Ocean III pada Khamis untuk kenal pasti rasmi oleh koroner.

“Ahli keluarga Sala dan juruterbang David Ibbotson sudah dimaklumkan. Ingatan kami bersama mereka semua,” kata polis.

Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB), yang mengesan mayat itu berkata cuaca buruk di jalan perkapalan sibuk menyebabkan ia tidak dapat mengesan bangkai pesawat sebagai punca penghentian operasi itu.

Pesawat ringan berkenaan membawa pemain bola sepak berusia 28 tahun itu ke pasukan baharu Liga Perdana Inggeris, Cardiff City ketika ia hilang berhampiran Guernsey pada 21 Januari, bersama Ibbotson yang berusia 59 tahun.

Selepas operasi pencarian digantung beberapa selepas pesawat hilang, seorang pencara kapal karam diupah oleh keluarga Sala, dengan dana yang disumbangkan oleh beberapa bintang bola sepak seperti Lionel Messi, menemui bangkai pesawat pada Ahad.

Pesawat itu, Piper PA-46 Malibu, hilang dari radar sekitar 20 kilometer (12 batu) di utara Guernsey, dengan juruterbang Ibbotson satu-satunya orang yang berada di atas kapal.

Artikel Berkaitan:

Awal minggu ini bapa pemain bola sepak itu, Horacio Sala, mengakui tiada harapan untuk menemui anaknya dengan selamat.

“Tiada lagi harapan,” katanya kepada Fox Sports. – AFP