Vaksin China suntik keyakinan perangi Covid-19

Pemasaran vaksin China menyuntik keyakinan kepada negara di rantau Asia, Afrika dan Amerika Latin untuk memerangi pandemik Covid-19. Foto Reuters
Pemasaran vaksin China menyuntik keyakinan kepada negara di rantau Asia, Afrika dan Amerika Latin untuk memerangi pandemik Covid-19. Foto Reuters
A
A
A

BEIJING - Pemasaran vaksin China menyuntik keyakinan kepada negara di rantau Asia, Afrika dan Amerika Latin untuk memerangi pandemik Covid-19.

Indonesia pada 3 Januari mula mengedarkan vaksin Covid-19 keluaran firma farmaseutikal China, Sinovac Biotech di 34 wilayah.

Sementara itu, Mesir menandatangani perjanjian pembelian vaksin dengan Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm), serentak dengan kelulusan kecemasan untuk vaksin itu oleh Lembaga Ubat Mesir (EDA).

Penganalisis beranggapan, pemasaran vaksin China lambang kejayaan bukan sahaja bagi China, malah kepada sistem kesihatan awam global.

Terdahulu, Indonesia, Brazil, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain mengeluarkan kenyataan vaksin China terbukti selamat dan berkesan berdasarkan keputusan ujian klinikal.

Dalam perkembangan lain, pasukan pengawal presiden Filipina turut disahkan telah menerima suntikan vaksin keluaran Sinopharm baru-baru ini.

Berhubung kelulusan kerajaan China terhadap pemasaran vaksin Sinopharm secara bersyarat, CNN menyifatkan langkah itu akan merintis jalan untuk penggunaan secara besar-besaran di China dan seluruh dunia.

Buat masa ini, sekurang-kurangnya sepuluh negara termasuk Pakistan, Ukraine dan Mesir telah memeterai dokumen berkenaan pembelian vaksin keluaran Sinopharm atau syarikat pembekal vaksin China yang lain. - Bernama

Artikel Berkaitan: