Enam ahli sindiket penipuan dalam talian diberkas

Anuar
Anuar
A
A
A
KUALA LUMPUR - Seramai enam individu termasuk seorang wanita warga China dipercayai sindiket macau scam ditahan kerana disyaki terlibat penipuan dalam talian di sebuah unit pangsapuri Mount Kiara di sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kesemua individu berusia dalam lingkungan 26 hingga 32 tahun ditahan dalam serbuan pada jam 2.05 petang.

"Hasil pemeriksaan, kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Anuar berkata, pihaknya turut merampas satu kad akses rumah, 11 unit telefon bimbit pelbagai jenama, empat unit komputer riba, satu unit modem, satu pasport dan wang tunai RM285.

"Siasatan awal mendapati kesemua individu itu telah tinggal di premis tersebut sejak awal Disember lalu dan disyaki menjalankan aktiviti penipuan dalam talian.
Artikel Berkaitan:


"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen," katanya.