Pontian bukan lagi ‘sleeping town’

Md Farid (dua kanan) bersama pimpinan Gabungan Persatuan Tionghua Daerah Pontian meraikan Majlis Ramah Mesra Tahun Baharu Cina di Dewan SJKC Pei Chun.
Md Farid (dua kanan) bersama pimpinan Gabungan Persatuan Tionghua Daerah Pontian meraikan Majlis Ramah Mesra Tahun Baharu Cina di Dewan SJKC Pei Chun.
A
A
A

PONTIAN - Tidak lagi dikenali sebagai ‘sleeping town’, daerah Pontian sebaliknya maju dengan pelbagai projek pembangunan termasuk kemudahan pelancong.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Md Farid Md Rafik berkata, kemajuan dinikmati daerah Pontian hasil perpaduan masyarakat pelbagai kaum yang gigih memajukan ekonomi masing-masing.

Menurutnya, ini membuktikan perpaduan merupakan kunci utama kejayaan negara sejak sekian lama dan ia perlu dijaga dan dipelihara.

Beliau berkata, sikap tolak ansur dan saling faham memahami membantu negara menjalankan pelbagai aktiviti yang dapat memberikan manfaat dan faedah kepada rakyat di negara ini seterusnya.

“Sebagaimana perayaan utama di negara ini, sambutan Tahun Baharu Cina juga memberikan peluang kaum lain untuk sama-sama meraikannya.

“Ia satu tradisi kepada rakyat negara ini yang saling memberi ucapan kepada rakan-rakan yang menyambutnya,“ katanya.

Dr Md Farid turut menyatakan komitmen membantu memajukan daerah Pontian bersama ADUN Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman dan ADUN Pekan Nanas, Yeo Tung Siong.

“Selain itu, kita juga akan bekerjasama dengan Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan bagi DUN Kukup, Suhaizan Kaiat dan Zulkifly Tasrif bagi DUN Benut,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Ramah Mesra Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Persatuan Tionghua Daerah Pontian di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Chun di sini, Selasa lalu.

Hadir sama Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Gabungan Persatuan Tionghua Daerah Pontian, Datuk Tan Chin Hock dan Datuk Ng See Bu.