Buruan emas sulung Olimpik bermula

Kini penggiat sukan dunia tidak kira dalam kalangan atlet, jurulatih mahupun pentadbir dan tidak terkecuali peminat sukan mendambakan 2021 menjelmakan sinar baharu di sebalik ketidaktentuan krisis Covid-19.

A
A
A

TAHUN 2020 boleh dianggap detik suram dalam kalendar sukan antarabangsa.

Penularan Covid-19 sejak awal tahun lalu ternyata memberi impak besar kepada industri sukan di seluruh dunia.

Natijahnya, temasya sukan paling berprestij di dunia – Sukan Olimpik Tokyo 2020 terpaksa ditangguhkan. Tiada siapa menduga angkara Covid-19, dunia sukan antarabangsa lumpuh hampir sepanjang tahun 2020.

Kini penggiat sukan dunia tidak kira dalam kalangan atlet, jurulatih mahupun pentadbir dan tidak terkecuali peminat sukan mendambakan 2021 menjelmakan sinar baharu di sebalik ketidaktentuan krisis Covid-19.

Pastinya, Olimpik Tokyo yang dijadualkan berlangsung pada 23 Julai sehingga 8 Ogos depan – genap setahun daripada tarikh asal penganjuran Sukan Olimpik tahun lalu menjadi tumpuan.

Di kem Malaysia, seramai 12 atlet sudah mengesahkan tiket Olimpik 2020 secara merit – masing-masing empat daripada sukan terjun; pelayaran (empat) dan basikal trek (dua).

Sukan memanah dan gimnastik artistik pula masing-masing mempunyai seorang wakil setakat ini.

Tumpuan sudah pasti disandarkan kepada jagoan berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang. Tanpa kelibat jaguh badminton, Datuk Lee Chong Wei yang sudah bersara, prospek emas kini disandarkan kepada Azizulhasni.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan pencapaian dan pengalaman sebagai atlet elit, Azizulhasni yang kini berpangkalan di Melbourne, Australia di bawah bimbi-ngan jurulatih, John Beasley menjadi taruhan terbaik untuk menghadirkan emas sulung Olimpik buat kontinjen Malaysia.

Biarpun tidak menggegar velodrom secara kompetitif selama hampir 10 bulan, Azizulhasni membuktikan kayuhannya masih ampuh apabila menyambar emas pada Kejohanan Basikal Trek Kebangsaan Australia di Melbourne bulan lalu.

Kejayaan itu sudah pasti memberikan kele-gaan kepada skuad berbasikal negara menjelang Olimpik Tokyo nanti. Setidak-tidaknya Azizulhasni atau lebih terkenal dengan panggilan The Pocketrocketman sudah ada aura ‘sang juara’.

Selepas membawa pulang pingat gangsa dari bumi Brazil pada edisi 2016, diharapkan Olimpik Tokyo 2020 menjadi platform terbaik Azizulhasni menjelmakan emas sulung buat Malaysia.