Waspada maklumat palsu guna nama Dr Noor Hisham di WhatsApp: KKM

Tangkap layar di Facebook KKM pada Isnin.
Tangkap layar di Facebook KKM pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai berhati-hati dengan informasi tidak benar yang disebarkan oleh individu tidak bertanggungjawab melalui aplikasi WhatsApp dengan menggunakan nama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi hantaran di Facebook pada Isnin, KKM turut berkongsikan tiga foto contoh informasi palsu yang disebarkan individu tersebut melalui WhatsApp.

“Terdapat informasi yang tidak benar telah disebarkan melalui aplikasi WhatsApp. Individu yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama Ketua Pengarah Kesihatan untuk tujuan peribadi.

Antara contoh informasi palsu yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp yang dikongsikan oleh KKM.
Antara contoh informasi palsu yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp yang dikongsikan oleh KKM.

“Mohon semua rakyat Malaysia untuk tidak mempercayai sebarang mesej yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp seperti ini,” katanya.

Pada masa sama, KKM turut meminta orang ramai supaya merujuk kepada sumber sah yang seperti Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tular di aplikasi Whatsapp berkenaan dengan mesej yang dihantar seperti dalam lampiran ini. Pihak CPRC mengesahkan...

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Sunday, January 3, 2021

Artikel Berkaitan: