Landskap politik negara dijangka berubah

Sivamurugan Pandian
Sivamurugan Pandian
A
A
A

SHAH ALAM - Landskap politik negara diramal berubah sekiranya UMNO bekerjasama dengan DAP membentuk sebuah kerajaan baharu dan memberi sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, langkah UMNO itu akan mewujudkan senario politik baharu kerana sudah tidak ada lagi musuh atau lawan yang tetap dalam politik manakala kepentingan parti menjadi keutamaan.

“Sebenarnya penjajaran politik bukan satu perkara baharu tetapi jika berlaku ia akan membawa kepada senario baharu politik.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO bekerjasama dengan DAP untuk bentuk kerajaan baharu, kata Annuar

Annuar dedah pemimpin UMNO keluar surat sokongan kepada Anwar

Lebih baik saya tidak bersubahat dengan Ahmad Zahid: Annuar

Pengundi Malaysia tidak setuju UMNO keluar PN

“Namun, kesannya besar terutama kesediaan di peringkat akar umbi baik bagi UMNO, DAP dan PKR,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Sivamurugan berkata, keputusan itu bakal memberi kesan besar kerana UMNO sebelum ini berpendirian menolak kerjasama politik dengan DAP atau ‘No DAP’.

Justeru katanya, sama ada UMNO akan lebih kukuh atau sebaliknya menerusi kerjasama dengan rakan politik baharu itu bergantung kepada keyakinan dan kepercayaan yang boleh dibina dalam kalangan ahli parti yang masih memegang ketetapan ‘No DAP’.