Tanah runtuh: Laluan Gerik-Jeli dibuka satu lorong

Runtuhan tanah di Kilometer 57 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli mengakibatkan satu laluan terhalang.
Runtuhan tanah di Kilometer 57 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli mengakibatkan satu laluan terhalang.
A
A
A

GERIK - Tanah runtuh mengakibatkan laluan di Kilometer 57 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Titiwangsa, di sini dibuka kepada satu lorong sejak petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, laporan kejadian itu diterima pada jam 4 petang mengakibatkan laluan menghala ke Gerik terhalang.

"Keadaan cuaca ketika ini masih hujan renyai, sehubungan itu pengguna jalan raya dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa melalui jalan tersebut," katanya.

Keadaan tanah runtuh Kilometer 57 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli hari ini.
Keadaan tanah runtuh Kilometer 57 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli hari ini.

Menurutnya, kerja pembersihan sedang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Perak dan syarikat penyelenggaraan Belati Wangsa Sdn Bhd.

"Keadaan lalu lintas setakat ini adalah terkawal dan kita telah menempatkan anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik dan Balai Polis Bersia di lokasi kejadian bagi kawalan lalu lintas," katanya.

Artikel Berkaitan: