Mike Pence enggan tunduk desakan Trump

Pence (kanan) akan mempengerusikan sesi bersama Kongres pada Rabu untuk mengiktiraf Undi Elektoral bagi mengesahkan kemenangan Biden. - Foto: Agensi
Pence (kanan) akan mempengerusikan sesi bersama Kongres pada Rabu untuk mengiktiraf Undi Elektoral bagi mengesahkan kemenangan Biden. - Foto: Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence akan tetap menjalankan tugasnya dan tidak akan menghalang Kongres mengiktiraf kemenangan bakal Presiden ke-46 AS, Joe Biden.

Perkara itu didedahkan penasihat beliau selepas Pence berdepan tekanan yang semakin meningkat daripada Presiden Donald Trump supaya menggunakan kuasanya untuk membatalkan keputusan Undi Elektoral demi untuk mengekalkan kuasanya di Rumah Putih yang berbaki kira-kira dua minggu lagi.

Pence menegaskan telah memaklumkan kepada bilionair hartanah terbabit bahawa beliau tidak merancang untuk campur tangan.

Pence akan mempengerusikan sesi bersama Kongres pada Rabu untuk mengesahkan Undi Elektoral yang mengiktiraf kemenangan Biden pada Pilihan Raya Presiden AS 2020 dengan meraih 306 undi berbanding 232 yang diperoleh Trump.

Sebelum ini, Trump percaya Pence akan menggunakan kuasanya untuk membatalkan keputusan tersebut.

"Naib Presiden mempunyai kuasa untuk menolak Undi Elektoral tersebut yang dicemari penipuan," kata Trump menerusi Twitter.

Pada Selasa, Pence dengan selamba menyatakan beliau tiada kuasa untuk menghalang Kongres. - Agensi

Artikel Berkaitan: