Mangsa banjir Johor berkurangan kepada 2,451

Paras air Sungai Johor yang sebelum ini melimpah dan mengakibatkan banjir di Bandar Kota Tinggi kini sudah surut sedikit namun masih berada pada paras berjaga-jaga.
Paras air Sungai Johor yang sebelum ini melimpah dan mengakibatkan banjir di Bandar Kota Tinggi kini sudah surut sedikit namun masih berada pada paras berjaga-jaga.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Johor menurun kepada 2,451 orang daripada 611 keluarga setakat jam 8 malam pada Rabu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu terus menunjukkan penurunan berbanding 3,182 orang daripada 807 keluarga setakat jam 4 petang.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengagihkan makanan kepada penduduk yang sedang membersihkan rumah mereka selepas banjir surut di Kampung Kelantan, Kota Tinggi pada Rabu.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengagihkan makanan kepada penduduk yang sedang membersihkan rumah mereka selepas banjir surut di Kampung Kelantan, Kota Tinggi pada Rabu.

"Tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Perdana di Kluang pada jam 6 petang.

"PPS lain ditutup melibatkan SMK Bandar Kota Tinggi dan Kolej Vokasional Kota Tinggi di Kota Tinggi masing-masing jam 4 dan 4.30 petang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau memberitahu, berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi, hanya tiga daerah akan menerima hujan lebat sehingga 9 Januari ini iaitu Segamat, Mersing dan Kota Tinggi.

Katanya, Kota Tinggi mencatatkan daerah paling ramai mangsa banjir yang ditempatkan di 14 PPS iaitu 1,238 orang daripada 298 keluarga.

Artikel Berkaitan:

Beberapa kawasan premis di Bandar Kota Tinggi pada Selasa masih dinaiki air sekali gus menjejaskan aktiviti serta pergerakan penduduk setempat.
Beberapa kawasan premis di Bandar Kota Tinggi pada Selasa masih dinaiki air sekali gus menjejaskan aktiviti serta pergerakan penduduk setempat.

Mereka katanya, ditempatkan di 12 PPS melibatkan sekolah, dewan, balai raya dan surau berdekatan.

Menurutnya, mangsa banjir kedua tertinggi adalah di Kluang melibatkan 690 orang daripada 171 keluarga di tiga PPS; Mersing 310 orang daripada 81 keluarga (empat PPS) dan Segamat 89 orang daripada 24 keluarga (dua PPS).

"Johor Bahru pula tinggal 72 orang daripada 24 keluarga (satu PPS) dan Batu Pahat 52 orang daripada 13 keluarga (satu PPS)," ujarnya.

Bandar Kota Tinggi pada Rabu yang dinaiki air setinggi 2 meter sebelum ini kini beransur-ansur pulih dan hanya beberapa tempat masih digenangi air.
Bandar Kota Tinggi pada Rabu yang dinaiki air setinggi 2 meter sebelum ini kini beransur-ansur pulih dan hanya beberapa tempat masih digenangi air.