Covid-19: Indonesia catat 8,854 kes positif dalam 24 jam

Indonesia mencatatkan kes positif baharu Covid-19 tertinggi sejak kes pertama dikesan Mac 2020, selepas merekodkan 8,854 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam.
Indonesia mencatatkan kes positif baharu Covid-19 tertinggi sejak kes pertama dikesan Mac 2020, selepas merekodkan 8,854 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam.
A
A
A

JAKARTA - Indonesia mencatatkan kes positif baharu Covid-19 tertinggi sejak kes pertama dikesan Mac 2020, selepas merekodkan 8,854 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam.

Kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 788,402 kes, manakala 70,029 pesakit masih dalam pemantauan, akibat dijangkiti virus berkenaan.

Menurut data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 187 lagi kematian berlaku, menjadikan kematian keseluruhan kini berjumlah 23,296 orang.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan jumlah kes positif tertinggi iaitu 195,301 kes dengan tambahan 2,402 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 6,173 kematian iaitu tambahan 54 lagi kematian dalam tempoh 24 jam. - Bernama

Artikel Berkaitan: