X

Kindly register in order to view this article
!

PKPB di submukim Ipoh selama dua minggu bermula esok

Ismail Sabri - Foto fail Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di submukim Ipoh, Perak selama dua minggu bermula esok sehingga 20 Januari, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, keputusan itu diambil atas nasihat dan penilaian risiko yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap kawasan terbabit.

"KKM hari ini (Rabu) melaporkan berlaku peningkatan kes positif Covid-19 di submukim Ipoh.

"Sehingga kini, KKM mengesahkan terdapat 106 kes positif Covid-19 dilapor secara bertaburan dalam submukim Ipoh dan daripada jumlah itu 89 kes adalah daripada jangkitan tempatan yang dilapor dalam tempoh 14 hari," katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Rabu.

Beliau berkata, KKM turut mengesahkan terdapat kluster masih aktif melibatkan kawasan kilang bertumpu dalam beberapa kawasan perindustrian di submukim tersebut yang berisiko kepada penularan jangkitan Covid-19. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!