Annuar lakukan serangan 'kamikaze', meroyan

Mahfuz
Mahfuz
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Rabu menganggap kenyataan dibuat oleh bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa bahawa UMNO bersiap untuk bekerjasama dengan DAP dan mengeluarkan surat menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai serangan ‘kamikaze’.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, serangan politik dibuat oleh Annuar itu kerana berkemungkinan beliau tidak berpuas hati terhadap cara pemberhentiannya sebagai Setiausaha Agung BN kerana dipecat.

Fahmi
Fahmi

“Maka, beliau mengambil tindakan yang sangat terdesak hari ini untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pecat saya sekali lagi, kata Annuar Musa

Lebih baik saya tidak bersubahat dengan Ahmad Zahid: Annuar

Najib nafi jadi dalang UMNO tolak Bersatu, PN

Annuar dedah pemimpin UMNO keluar surat sokongan kepada Anwar

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Annuar menyatakan UMNO kini bersiap untuk bekerjasama dengan DAP untuk membentuk kerajaan baharu.

Ahli Parlimen Ketereh itu turut menyatakan terdapat surat dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi UMNO yang menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, beliau sendiri tidak pernah melihat surat yang dimaksudkan oleh Annuar kepada Presiden PKR itu.

“Saya tidak pernah melihat surat tersebut untuk mengesahkan isi kandungannya dan sukar untuk saya sahkan kecuali dengan bercakap dengan tuan empunya badan (Ahmad Zahid Hamidi).

“Jadi, bagi saya pihak yang boleh menjawab kesahihan surat itu adalah yang dituduh oleh Tan Sri Annuar,” katanya.

Mengulas isu sama, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Annuar sebagai meroyan selepas dipecat daripada jawatannya.

“Satu benda yang memalukan. Seseorang yang berkedudukan, seorang menteri yang diberikan jawatan atas ihsan presiden parti sebagai setiausaha agung, tiba-tiba jawatan itu ditarik balik dan diberikan kepada Datuk Seri Ahmad Maslan, seorang yang junior.

“Sudah tentu saya anggap bahawa tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu telah menimbulkan keadaan yang menjadikan Annuar meroyan,” katanya.

Mahfuz dalam masa yang sama turut mempersoalkan dari segi kepastian dakwaan Annuar bahawa UMNO mahu bekerjasama dengan DAP dan mengeluarkan surat sokongan menyokong Anwar.

“Yang saya nak persoalkan di sini benda itu tidak terjadi. Saya pun tak nampak benda itu akan terjadi sehingga sekarang. Kalau ikutkan, dah lama dari bulan Oktober (tahun lalu) tak ada pula Annuar Musa sebarkan.

“Yang keduanya, apa masalahnya kalau betul? DAP bukan parti haram. Begitu juga Anwar Ibrahim bukan seorang yang didapati tidak boleh memegang jawatan Perdana Menteri,” katanya.