Majikan wajib biayai kos vaksin, ujian saringan Covid-19

Datuk Seri M Saravanan
Datuk Seri M Saravanan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Sumber Manusia (KSM) mewajibkan majikan untuk membiayai kos imunisasi (vaksin) termasuk ujian pengesanan Covid-19.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, arahan tersebut selaras dengan seksyen 24J (f)Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446].

"Tindakan ini diambil susulan arahan kerajaan berdasarkan Seksyen 11 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] yang menetapkan semua pekerja asing menjalani ujian saringan Covid-19 dengan majikan menanggung yuran, kos dan caj bagi ujian itu, " katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, mulai 11 Januari 2021, Pasukan Task Force Program Saringan Kesihatan Covid-19 yang terdiri daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan melaksanakan operasi khas ke tempat majikan yang menggaji pekerja asing.

"Tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran majikan dalam membendung dan mencegah penyebaran penyakit berjangkit," katanya.

Artikel Berkaitan: