Tanah pertanian KADA makin susut

Kamarudin (dua darikiri) memeriksa barangan yang akan diterima oleh usahawan di bawah projek rezeki tani di PPK Cherang Rotan, Pasir Puteh
Kamarudin (dua darikiri) memeriksa barangan yang akan diterima oleh usahawan di bawah projek rezeki tani di PPK Cherang Rotan, Pasir Puteh
A
A
A

PASIR PUTEH - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mendedahkan pihaknya kehilangan 10,000 hektar kawasan pertanian di bawah seliaan agensi itu.

Pengerusi KADA, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, 'kehilangan' itu disebabkan perubahan tanah pertanian itu kepada status lot pembangunan termasuklah pembinaan rumah, jalan raya dan sebagainya.

"Kita ambil serius perkara ini kerana ia dibimbangi boleh mengganggu sumber makanan negara," katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Penyerahan Bantuan Rezeki Tani 2020 di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Cherang Rotan di sini pada Rabu.

Menurutnya, sehingga kini KADA mempunyai 26,083 hektar sawah padi di bawah kendalian agensi berkenaan.

Katanya, ia melibatkan seramai 7,726 pesawah di seluruh kawasan KADA.

"KADA berhasrat memperluaskan lagi seliaan agensi itu ke beberapa kawasan baharu di Rantau Panjang, Tumpat, Machang dan Pasir Puteh," katanya.

Mengulas mengenai program rezeki tani, Kamarudin berkata, seramai 41 petani di daerah ini masing-masing menerima peralatan bernilai RM10,000.

Katanya, projek rezeki tani yang dilaksanakan sejak tahun 2011 membabitkan 13 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) sehingga kini berjaya melahirkan seramai 1,800 usahawan.

Artikel Berkaitan: