Air mata 'Mowgli Malaysia'

Antara momen indah yang sempat dirakam bersama Tongkol.
Antara momen indah yang sempat dirakam bersama Tongkol.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Muhammad Syukur Khamis,14, tidak mampu menahan sebak sehingga menitiskan air mata kerana terpaksa 'berpisah' dengan kerbau kesayangannya, Tongkol.

Tongkol yang berusia lima tahun adalah antara kerbau peliharaan yang begitu rapat dan manja dengan Syukur selain Awang.

Walaupun sukar menerima hakikat, Syukur akur Tongkol terpaksa dikorbankan sempena majlis menyambut menantu dua abangnya, Muhamad Kamil Khamis, 30, dan Muhamad Alias, 29, hari ini.

Haiwan seberat 300 kilogram terpaksa disembelih jam 6 pagi tadi di rumah rakan bapanya, di Wakaf Tapai, Marang kerana Syukur tidak sanggup untuk menyaksikan proses penyembelihan itu.

"Sebelum hantar ke rumah kawan ayah, saya sempat mandikan Tongkol, gosok-gosok, belai dan kemudian bagi dia makan. Hari ini dia makan banyak sikit daripada biasa.

"Pernah tanya ayah untuk tukar kerbau lain tapi ayah kata tak boleh sebab Tongkol dah besar," katanya.

Seolah-olah mengerti untuk dikorbankan, Tongkol hanya mengambil masa kira-kira lima minit untuk 'dipujuk' masuk ke dalam lori untuk dibawa ke lokasi penyembelihan kira-kira jam 6.44 petang, semalam.

Antara momen indah yang sempat dirakam bersama Tongkol.
Antara momen indah yang sempat dirakam bersama Tongkol.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Muhammad Syukur turut bersedih kerana kehilangan 'sahabat' pertamanya, Awang.

Difahamkan, anak bongsu daripada lapan beradik ini mengambil masa selama seminggu untuk mengubati kesedihannya.

Patah tumbuh hilang berganti

Menurut Syukur, bapanya telah memberikan beberapa ekor kerbau untuk menggantikan Tongkol.

"Saya akan menggelarkan kerbau baharu nanti dengan penggilan Tongkol dan Awang," katanya.

Sementara itu, Khamis Jusoh, 63, berkata, majlis sambut menantu anak sulung dan keduanya bermula jam 11 pagi ini dijangka dihadiri kira-kira 3,000 tetamu.

Katanya, sebanyak enam kawah hidangan daging kerbau akan disajikan kepada tetamu selain dua kawah lembu dan ayam.

"Dianggarkan seramai 3,000 orang, namun, mungkin akan lebih sebab Muhammad Syukur dah dikenali ramai," katanya.