Tiada acara pada Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Salah sebuah syarikat menyerahkan sumbangan kepada tabung bencana Negeri Sembilan sambil disaksikan Aminuddin (empat dari kiri) di Wisma Negeri pada Rabu.
Salah sebuah syarikat menyerahkan sumbangan kepada tabung bencana Negeri Sembilan sambil disaksikan Aminuddin (empat dari kiri) di Wisma Negeri pada Rabu.
A
A
A

SEREMBAN - Tiada sebarang acara atau sambutan sempena Hari Keputeraan Ke-73 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 14 Januari ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sambutan itu tidak diadakan berikutan keadaan negara ketika ini yang masih berdepan dengan wabak pandemik Covid-19.

Menurutnya, hanya Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat akan dilangsungkan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Pada sebelah pagi tiada perbarisan kehormatan, cuma ada pengurniaan darjah dan bintang kebesaran sahaja. Program lain sama ada di padang telah dibatalkan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Negeri di sini pada Rabu.

Terdahulu, Aminuddin menyaksikan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) daripada lima buah syarikat untuk Tabung Bencana kepada Negeri Sembilan Skills Development Centre (NSSDC) melalui Kerajaan Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan: