Kes bunuh lelaki Rohingya selesai dalam tiga jam

Polis berjaya menyelesaikan kes bunuh seorang lelaki Rohingya yang mati ditikam di Taman Tan Yoke Fong pada malam Selasa apabila menangkap empat warga Myanmar tiga jam selepas kejadian berlaku.
Polis berjaya menyelesaikan kes bunuh seorang lelaki Rohingya yang mati ditikam di Taman Tan Yoke Fong pada malam Selasa apabila menangkap empat warga Myanmar tiga jam selepas kejadian berlaku.
A
A
A

KULAI - Polis berjaya menyelesaikan kes bunuh seorang lelaki Rohingya yang mati ditikam di Taman Tan Yoke Fong pada malam Selasa apabila menangkap empat warga Myanmar tiga jam selepas kejadian berlaku.

Kejadian jam 8 malam itu dipercayai berpunca daripada salah faham keluarga.

Kesemua suspek ditangkap sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai dalam serbuan di dua lokasi berasingan sekitar daerah ini pada jam 11 malam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita warga Myanmar berusia antara 20 hingga 45 tahun.

"Dalam serbuan tersebut, pihak polis turut merampas senjata yang digunakan suspek antaranya sebilah pisau panjang, sepasang pakaian, satu beg pinggang dan dua buah telefon bimbit.

"Pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor turut hadir bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, polis bertindak selepas menerima laporan daripada seorang wanita pada am 9.14 malam Selasa yang memberitahu mangsa ditikam.

"IPD Kulai menyelesaikan kes ini dalam tempoh tiga jam sahaja. Semua suspek direman selama enam hari bermula hari ini (Rabu) bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum mati," katanya.

Artikel Berkaitan: