X

Kindly register in order to view this article
!

Noraini ucap tahniah kepada Ketua Pengarah JPPKK baharu

Zainab ialah wanita pertama yang memegang jawatan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengucapkan tahniah kepada Ts Zainab Ahmad atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang baharu.

Menteri KPT, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad memaklumkan Zainab ialah wanita pertama yang memegang jawatan Ketua Pengarah JPPKK dan berkuat kuasa mulai 5 Januari.

“Beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) di JPPKK, Pengarah Kolej Komuniti Hulu Langat serta Pengarah Bahagian Dasar dan Pembangunan Ko- Kurikulum JPKK (Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti).

“Beliau juga pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah JPKK dan setelah penggabungan bersama Pendidikan Politeknik, beliau ditugaskan sebagai Pengarah Kanan (Akademik) di JPPKK.

“Antara sumbangan beliau dalam negara dan antarabangsa ialah menjadi wakil Malaysia di World Education Forum and Malaysia TVET Study to UK, British High Commission, London dan Scotland, United Kingdom dan di 4th EAS TVET Providers’ Network Conference and KRIVET-UNEVOC-OVEC Capacity Building Workshop di Bangkok, Thailand,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.

Noraini berkata, Zainab mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Sains (Kejuruteraan Elektrik Kuasa), Universiti Putra Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Kejuruteraan Elektronik dan Elektrik), Loughborough University, United Kingdom.

Katanya, Zainab merupakan Ahli Majlis Akreditasi Kejuruteraan Teknologi (Engineering Technology Accreditation Council), Lembaga Jurutera Malaysia dan Professional Technologist, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

Noraini berharap agar Zainab dapat meneruskan kesinambungan pencapaian dan sumbangan dalam mengekalkan kegemilangan JPPKK sebagai peneraju komuniti berilmu dan berkemahiran unggul di dalam negara dan antarabangsa.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!