Tentera AS tinggalkan Syria April ini

 Kenderaan tentera AS melakukan rondaan di sebuah perkampungan Syria di wilayah Dayr Al-Zawr
Kenderaan tentera AS melakukan rondaan di sebuah perkampungan Syria di wilayah Dayr Al-Zawr
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Tentera Amerika Syarikat (AS) dijangka ditarik sepenuhnya dari Syria menjelang akhir April ini, menurut seorang pegawai yang enggan dinamakan kepada Wall Street Journal (WSJ).

Pegawai terbabit berkata, tentera AS yang ditempatkan di Syria akan meninggalkan negara itu walaupun Rumah Putih masih belum mengumumkan rancangannya untuk melindungi pakatan tentera Kurdish di negara Arab.

Presiden Donald Trump mengumumkan pada Disember bahawa beliau telah menarik lebih daripada 2,000 pasukan AS dari Syria kerana kumpulan pengganas Daesh telah dikalahkan dan tidak lagi dianggap ancaman. - Agensi

Artikel Berkaitan: