X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Amaran angin kencang, laut bergelora hingga Selasa

Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan angin kencang, laut bergelora bermula Rabu sehingga Selasa ini.
A
A

SHAH ALAM - Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan antara 50 hingga 60 kilometer (km) sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga 12 Januari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan angin kencang dengan kelajuan antara 40 hingga 50km sejam dan ombak berketinggian sehingga 3.5 meter dijangka turut melanda kawasan perairan perairan Sarawak, Sabah Barat dan Labuan, Sabah Timur bermula Rabu sehingga Selasa ini.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri," menurut kenyataan itu pada Rabu.

Sementara itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis dan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor sehingga jam 5 petang ini.

Keadaan serupa juga dijangka berlaku di kawasan perairan Selat Melaka Selatan, Barat Daya Samui, Tenggara Reef North, Reef South, Labuan, Sulu dan Sulawesi sehingga tempoh yang sama.

Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berbahaya kepada bot-bot kecil.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!