X

Kindly register in order to view this article
!

Hala tuju kerjasama UMNO-Bersatu dijangka fokus MT malam ini

A
A

KUALA LUMPUR - Pendirian UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk kerjasama parti itu dengan Bersatu dijangka menjadi fokus utama mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) malam ini yang akan dipengerusikan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mesyuarat itu yang dijadualkan pada 8.30 malam akan menyusuli mesyuarat Biro Politik UMNO yang bakal berlangsung pada 3 petang dengan kehadiran semua pengerusi badan perhubungan UMNO negeri.

Desas-desus UMNO mahu meninggalkan PN yang diterajui Bersatu semakin hangat diperkatakan selepas Tan Sri Annuar Musa yang disifatkan “mesra Bersatu” digugurkan daripada jawatannya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) semalam.

Semalam, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dalam kenyataannya mengesahkan tindak-tanduk Annuar itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ahli parti.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO bekerjasama dengan DAP untuk bentuk kerajaan baharu, kata Annuar

Shahril juga mengesahkan MT akan membincangkan segala kemungkinan termasuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum akan datang, susulan usul daripada 140 UMNO bahagian.

Mengenai arahan UMNO agar ahli Parlimennya menarik balik sokongan terhadap PN, Shahril berkata: “MT UMNO akan berbincang segala kemungkinan.” - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!