Tiada pelepasan air dari Empangan Cameron Highlands: TNB

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi hantaran media sosial yang ditularkan pihak tidak bertanggungjawab berkenaan pelepasan air Empangan Cameron Highlands hingga menyebabkan banjir.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi hantaran media sosial yang ditularkan pihak tidak bertanggungjawab berkenaan pelepasan air Empangan Cameron Highlands hingga menyebabkan banjir.
A
A
A

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi hantaran media sosial yang ditularkan pihak tidak bertanggungjawab berkenaan pelepasan air Empangan Cameron Highlands hingga menyebabkan banjir.

Menurut TNB, paras air di empangan hidroelektrik TNB di Cameron Highlands, Pahang berada di bawah paras limpahan dan tiada pelepasan air berlaku seperti yang didakwa dalam hantaran media sosial itu.

Katanya, paras air di dua lagi empangan TNB iaitu Tasik Kenyir, Terengganu dan Sungai Perak, Perak juga di bawah paras limpahan dan tiada pelepasan air dilaksanakan.

"Sejak Ogos tahun lalu, TNB telah membuat persediaan awal di ketiga-tiga empangan itu dengan melakukan pelepasan terkawal bagi menurunkan paras air empangan agar dapat menampung peningkatan jumlah air ketika musim tengkujuh," katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, TNB juga telah mengadakan beberapa siri taklimat persediaan dan latihan kecemasan di stesen-stesen hidroelektrik dan pejabat operasinya bagi meningkatkan kecekapan serta siap siaga semua pihak.

Orang ramai dinasihatkan agar menyemak kesahihan hantaran di media sosial sebelum membuat perkongsian bagi mengelakkan kegusaran kepada masyarakat.

Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik, orang ramai boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454 atau Facebook TNB CareLine.

Artikel Berkaitan: