Spurs perlu ‘lupakan’ kejayaan seketika

Pemain Tottenham Hotspurs, Moussa Sissoko cuba melepasi kawalan pertahanan Brentford pada aksi separuh akhir Piala Liga Inggeris awal pagi Rabu
Pemain Tottenham Hotspurs, Moussa Sissoko cuba melepasi kawalan pertahanan Brentford pada aksi separuh akhir Piala Liga Inggeris awal pagi Rabu
A
A
A

KESEBELASAN Tottenham Hotspurs perlu ‘melupakan’ seketika kejayaan mara ke final Piala Liga Inggeris (EFL) bagi memberikan fokus kepada pertandingan lain dalam masa terdekat ini.

Ini berikutan aksi final yang dijadualkan berlangsung di Wembley pada April nanti memberikan banyak masa buat skuad The Lilywhite itu membuat persediaan.

Justeru menurut pengendali Spurs, Jose Mourinho, kesebelasan anak didiknya kini diharap dapat memanfaatkan kesempatan yang ada bagi mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liga Europa dan juga Piala FA Inggeris.

“Aksi final EFL hanya akan berlangsung dalam tempoh tiga bulan dari sekarang; kita akan tunggu dan dalam masa sama kita juga memberikan fokus kepada aksi saingan terdekat seperti Piala FA, Liga Europa dan EPL.

“Oleh itu, lupakan sejenak aksi final itu buat seketika dan apabila April menjelang, kita akan lakukan persediaan terbaik untuk muncul juara EFL kali ini,” katanya.

Pada aksi separuh akhir awal pagi Rabu, Tottenham Hotspurs menewaskan kelab dari saingan Liga Kejuaraan, Brentford 2-0 hasil jaringan Moussa Sissoko pada minit ke-12 dan Son Heung-Min minit ke-70.

Mourinho
Mourinho

Tottenham Hotspurs kini menanti pemenang antara Manchester United dan Manchester City dalam satu lagi aksi separuh akhir EFL, pada awal pagi Khamis.

Artikel Berkaitan:

Mengulas aksi separuh akhir dengan Brentford, Mourinho menyifatkan ia sebagai perlawanan yang sukar kerana skuad The Bees itu telah mempamerkan aksi terbaik di sepanjang perlawanan.

Katanya, skuad kendalian Thomas Frank itu juga dilihat cukup tersusun menerusi setiap gerakan yang diatur, khususnya ke pintu gol lawan.

“Sebenarnya setiap perlawanan adalah sukar, tetapi kredit kepada Brentford kerana mereka kelihatan begitu ‘tersusun.

“Kami juga cuba untuk beraksi dalam setiap pertandingan yang ada. Oleh itu, kemenangan ini adalah peluang untuk kami beraksi di final dan kami telah memanfaatkannya sebaik mungkin,” katanya.