Tular pengunjung Cameron Highlands diminta buat saringan

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang menafikan bahawa pihaknya mengeluarkan arahan agar orang awam yang mengunjungi Cameron Highlands menjalani ujian saringan Covid-19. - Foto 123rf
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang menafikan bahawa pihaknya mengeluarkan arahan agar orang awam yang mengunjungi Cameron Highlands menjalani ujian saringan Covid-19. - Foto 123rf
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang menafikan bahawa pihaknya mengeluarkan arahan agar orang awam yang mengunjungi Cameron Highlands menjalani ujian saringan Covid-19.

Menurut JKN Pahang, notis perintah tutup premis yang dimaksudkan sebenarnya dikeluarkan bagi pelaksanaan aktiviti nyah kuman premis perniagaan selepas satu kes positif disahkan di daerah tersebut.

“Selain daripada proses nyah kuman di premis perniagaan, aktiviti pengesanan kontak rapat juga turut dilakukan selepas satu kes positif dikesan,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial gambar pemberitahuan penutupan di beberapa premis perniagaan dengan penjelasan yang meragukan bahawa mereka yang baru pulang dari percutian di Cameron Highlands perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat daripada sumber asli dengan menghubungi Pusat Tindak Balas Persediaan Krisis (CPRC) dalam talian 09-5707985/7988 atau melalui e-mel cprc_pahang@moh.gov.my, jika mereka mempunyai sebarang pertanyaan.

Artikel Berkaitan: