Sembilan ahli Parlimen gesa menteri respon surat bantahan

Kenyataan dari Facebook Fahmi Fadzil
Kenyataan dari Facebook Fahmi Fadzil
A
A
A

SHAH ALAM - Sembilan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan menggesa menteri bagi wilayah berkenaan memberi respon terhadap surat bantahan penubuhan Jawatankuasa Konsultasi Wilayah Persekutuan (JaKoWIP).

Ahli Parlimen terbabit dalam satu kenyataan bersama pada Rabu memaklumkan surat bantahan tersebut dihantar pada 7 Disember lalu.

Menurutnya, JaKoWIP dirangka sebagai pengganti kepada format Majlis Menteri Wilayah yang wujud sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Malangnya sehingga hari ini kami belum menerima sebarang maklum balas daripada menteri berkenaan surat tersebut.

“Kami telah mengemukakan beberapa bantahan berkenaan Terma Rujukan (TOR) dan Aturan Mesyuarat JaKoWIP serta memohon diadakan satu pertemuan khusus dengan menteri bagi membincangkan belanjawan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan Kementerian Wilayah 2021 serta terma-terma JaKoWIP.

“Kami menggesa agar menteri segera memberi respon kepada surat tersebut serta memanggil satu mesyuarat khusus bersama Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan pada kadar segera sebelum mesyuarat pertama JaKoWIP diadakan,” kata mereka dalam kenyataan berkenaan.

Sembilan ahli Parlimen yang membuat kenyataan bersama itu ialah Tan Kok Wai (Cheras), Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Teresa Kok (Seputeh), Fong Kui Lun (Bukit Bintang).

Turut bersama ialah Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (Wangsa Maju), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Hannah Yeoh (Segambut), P Prabakaran (Batu) dan Lim Lip Eng (Kepong).

Artikel Berkaitan: