Keluhan nelayan Tumpat

Nelayan perlu menunggu air pasang untuk turun ke laut kerana laluan bot ke kuala Tumpat cetek.
Nelayan perlu menunggu air pasang untuk turun ke laut kerana laluan bot ke kuala Tumpat cetek.
A
A
A

TUMPAT - Bukan hanya berdepan masalah kuala Tumpat tertutup, nelayan di daerah ini juga mula gelisah apabila alur ke kuala semakin cetek.

Alur atau laluan bot nelayan ke kuala semakin cetek sehingga bot tersangkut dan menyukarkan nelayan turun ke laut.

Nelayan, Adzman Husien, 57, berkata, alur yang cetek itu menyebabkan bot kelas A tidak dapat turun ke laut.

“Kami kena tunggu air pasang kalau mahu turun ke laut.

“Air pasang ini tak menentu, kadang kala jam 10 malam baru air pasang,” katanya.

Menurutnya, walaupun berdepan kesukaran ia tidak mematahkan semangat nelayan di sini mencari rezeki.

Katanya, apa keadaan sekali pun, mereka akan turun ke laut juga biar pun terpaksa bersengkang mata menunggu air pasang.

“Ada yang tidur atas bot menunggu air pasang.

Artikel Berkaitan:

"Kami berharap alur yang cetek ini diperdalamkan bagi memudahkan nelayan turun ke laut," katanya.

Bagi Mat Asri Ibrahim, 49, nelayan yang menggunakan bot fiber masih lagi boleh melaluinya walaupun air cetek.

Menurutnya, masalah timbul ketika pulang menangkap ikan kerana bot berat dengan hasil tangkapan.

Katanya, alur cetek itu juga kadang kala menyebabkan kipas bot patah kerana tersangkut dalam lumpur.