Lions-Mydin bantu pesakit kanser

Kenny menyerahkan replika kad diskaun Lions kepada Ameer Ali pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Mydin USJ Subang Jaya pada Isnin.
Kenny menyerahkan replika kad diskaun Lions kepada Ameer Ali pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Mydin USJ Subang Jaya pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Lions Clubs International Daerah 308 B1 Malaysia dan syarikat pemborong dan peruncit tempatan terbesar Malaysia, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada Isnin bagi membantu meringankan beban keluarga kanak-kanak yang menghidap kanser.

Gabenor Daerah Lions Clubs, Kenny Low Man Fook berkata, pihaknya telah membentuk projek baharu pada tahun ini untuk membantu keluarga golongan tersebut dengan melancarkan kad diskaun Lions pada tahun lalu.

Menurutnya, kad tersebut membolehkan pemegangnya menerima diskaun untuk pembelian barang keperluan di cawangan rakan niaganya.

Ameer Ali (kiri) dan Kenny (kanan) menandatangani MoU pada Isnin.
Ameer Ali (kiri) dan Kenny (kanan) menandatangani MoU pada Isnin.

“Pemegang kad diskaun Lions akan menerima diskaun sehingga 10 peratus untuk setiap pembelian di seluruh cawangan Mydin.

“Kedua-dua pihak telah bekerja keras untuk menjayakan kerjasama ini yang telah menjurus kepada majlis MoU ini,” katanya.

Dalam pada itu, Kenny menjelaskan bahawa Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin bersetuju menjadi rakan niaganya dengan menerima kad ‘Lions Discount’ setelah didekati oleh pihaknya pada bulan lalu.

“Kami berharap usaha ini akan meringankan beban keluarga terlibat dalam mengharungi masa yang sukar ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Keluarga kanak-kanak menghidap kanser yang ingin mendapatkan kad tersebut boleh menghubungi Lion Henry Soong di talian 012-7018800, Lion Serena Yeo (012-2015369) atau Lion Alvin Wong (012-3822302).