Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini berikutan ketidaktentuan mengenai jumlah kes Covid-19 yang meningkat.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini berikutan ketidaktentuan mengenai jumlah kes Covid-19 yang meningkat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini berikutan ketidaktentuan mengenai jumlah kes Covid-19 yang meningkat dan perbincangan mengenai kelewatan dalam proses pengedaran vaksin, kata peniaga.

Pada jam 9.10 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.0080/0130 daripada 4.0140/0180 berbanding dolar AS daripada 4.0040/0090 semasa ditutup sebelum ini.

Mengulas mengenai dolar AS, Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata pilihan raya ulangan Senat Georgia yang sedang dijalankan menjejaskan prestasi dolar, menyebabkannya berada di bawah tekanan penurunan.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0428/0478 daripada 3.0425/0482 pada Selasa, susut berbanding euro kepada 4.9310/9384 daripada 4.9256/9341 dan merosot berbanding pound kepada 5.4617/4697 daripada 5.4474/4572 semalam.

Bagaimanapun, unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.9030/9090 daripada 3.9032/9094. - Bernama

Artikel Berkaitan: