Lelaki Britain ditahan di UAE gara-gara jersi Qatar

Pemain Qatar meraikan kejayaan menjuarai Piala Asia selepas menewaskan Jepun.
Pemain Qatar meraikan kejayaan menjuarai Piala Asia selepas menewaskan Jepun.
A
A
A

LONDON - UNITED KINGDOM . Seorang lelaki warga Britain ditangkap di Emiriah Arab Bersatu (UAE) gara-gara memakai jersi pasukan bola sepak Qatar yang menjuarai Piala Asia AFC baru-baru ini, lapor media Britain.

Ali Issa Ahmad, 26, ditangkap dan dipukul kerana memakai jersi yang mempromosi Doha ketika menyaksikan perlawanan antara Qatar dan Iraq di Abu Dhabi pada 22 Januari lalu.

Menunjukkan simpati kepada Qatar adalah satu kesalahan di UAE, dan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.

UAE, Arab Saudi, Mesir dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik dan mengenakan sekatan terhadap Qatar selepas menuduh negara itu menyokong pengganas. Bagaimanapun, Doha berulang kali menafikannya.

Difahamkan, Ahmad dari Wolverhampton di tengah England bercuti di UAE dan menyaksikan perlawanan antara Qatar dan Iraq.

Sementara itu, kedutaan UAE di London berkata, mereka sedang menyiasat kes itu.

Kementerian Luar UAE dalam laman sesawangnya turut mengingatkan pelancong bahawa menunjukkan simpati kepada Qatar, sama ada menerusi media sosial atau dengan apa cara pun, adalah menjadi kesalahan di negara itu. – Agensi

Artikel Berkaitan: