X

Kindly register in order to view this article
!

Pelantikan Setiausaha BN bukan untuk dibanggakan: Ahmad Maslan

Ahmad Maslan
A
A

PONTIAN - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan pelantikannya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang baharu sebagai satu tanggungjawab besar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, pelantikan tersebut bukan untuk dibanggakan sebaliknya merupakan satu tanggungjawab yang berat dan akan memikulnya sebaik mungkin demi amanat kepada parti serta rakyat.

"Terima kasih atas ucapan tahniah yang diberikan kepada saya, jawatan adalah tanggungjawab yang berat bukan suatu kebanggaan.

"Terima kasih kepada Presiden yang memberi kepercayaan. Saya akan berusaha sebaik mungkin dalam melaksanakan tugas dan amanat kepada parti serta rakyat," katanya menerusi pesanan di aplikasi WhatApps pada Rabu.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Ahmad Maslan sebagai Setiausaha Agung BN yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Annuar Musa dan pelantikan itu berkuat kuasa serta merta.

Ahmad Zahid mengumumkan keputusan tersebut dalam ucapan semasa perjumpaan khas dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: BN lantik Ahmad Maslan Setiausaha Agung BN, ganti Annuar Musa

Lantik Ahmad Maslan bagi betulkan keadaan, kata Nazri

Annuar tidak dipecat, tapi diganti, kata Ahmad


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!