X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Pesakit Covid-19 lari Hospital Tampin ditahan di Selangor

Laporan Sinar Harian pada 31 Disember lalu.
A
A

TAMPIN - Seorang lelaki pesakit Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Tampin pada 30 Disember lalu berjaya ditahan di rumahnya pada 1 Januari lalu di sekitar Pangsapuri Seri Pagi, Seri Kembangan, Selangor.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, pesakit lelaki berusia 33 tahun yang juga merupakan bekas banduan dari Penjara Jelebu itu ditahan semula hasil risikan anggotanya pada jam 1.15 pagi.

"Kita telah berjaya menahan semula pesakit Covid-19 yang melarikan diri sebelum ini dari Hospital Tampin di rumahnya.

"Dia kemudiannya dibawa semula ke Hospital Sungai Buloh oleh anggota perubatan yang berpakaian lengkap PPE untuk tindakan lanjut.

"Bagaimanapun, kita masih belum melakukan soal siasat sepenuhnya bagi memberi ruang kepada pesakit itu menerima rawatan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis kesan pesakit Covid-19 lari Hospital Tampin

Menurut Anuwal, lelaki terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 269, iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit.

Terdahulu, pesakit berkenaan dikesan melarikan diri daripada Hospital Tampin melalui tangga belakang wad yang menjadi laluan sampah.

Kejadian dikesan oleh Ketua Jururawat Wad 2C bahagian Covid-19, yang memaklumkan bahawa terdapat seorang pesakit yang positif Covid-19 telah melarikan diri dari Wad 2C.

Pesakit yang beralamat di Seri Kembangan Selangor itu telah dimasukkan ke wad berkenaan pada 29 Disember lalu sebelum dilaporkan hilang.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!