Enam daerah di Johor masih terjejas banjir

Bandar Kota Tinggi yang sebelum ini dinaiki banjir setinggi kira-kira 2 meter sekali gus melumpuhkan pergerakan di kawasan itu kini sudah mulai surut pada Selasa.
Bandar Kota Tinggi yang sebelum ini dinaiki banjir setinggi kira-kira 2 meter sekali gus melumpuhkan pergerakan di kawasan itu kini sudah mulai surut pada Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Johor menurun kepada 3,566 orang daripada 903 keluarga setakat jam 8 pagi pada Rabu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu terus menunjukkan penurunan berbanding 3,575 orang daripada 903 keluarga setakat jam 4 pagi.

"Bilangan pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri juga berkurangan dan kini berjumlah 32 PPS susulan PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Sawah Datuk di Mersing ditutup pada jam 12 tengah malam tadi.

"Bilangan daerah terjejas banjir juga masih sama seperti semalam dengan melibatkan enam daerah iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Kluang, Batu Pahat, Mersing dan Segamat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Keadaan bandar Kota Tinggi yang dinaiki air.
Keadaan bandar Kota Tinggi yang dinaiki air.

Mengulas lanjut, Vidyananthan berkata, Kota Tinggi masih mencatatkan daerah paling ramai mangsa banjir yang ditempatkan di 17 PPS iaitu 2,122 orang daripada 533 keluarga, mereka ditempatkan di sekolah, dewan, balai raya dan surau.

Katanya, ini diikuti 919 orang daripada 233 keluarga di Kluang (enam PPS); 292 orang daripada 77 keluarga di Mersing (tiga PPS) dan 90 orang daripada 24 keluarga di Segamat (tiga PPS).

Selain itu katanya, turut melibatkan 72 orang daripada 24 keluarga di Johor Bahru (satu PPS) dan 71 orang daripada 22 keluarga (dua PPS) di Batu Pahat.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, beliau berkata, berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi air pasang terus berlaku di Tanjung Sedeli, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kukup, Pontian pada Rabu.

Jelasnya, air pasang berlaku di Tanjung Sedili pada jam 3.26 pagi dan 2.55 petang dengan ketinggian 244 dan 190 meter (m), Johor Bahru jam 4.18 pagi dan 4.07 petang (296 dan 283m) dan Kukup jam 4.04 pagi dan 4.01 petang (270 dan 298m).