Parlimen Jeli lancar Skuad Kebersihan Masjid

Mustapa (kiri) turut serta dalam gotong-royong berkenaan bersama skuad kebersihan dan jemaah masjid.
Mustapa (kiri) turut serta dalam gotong-royong berkenaan bersama skuad kebersihan dan jemaah masjid.
A
A
A

JELI - Usaha membudayakan kebersihan dalam kehidupan seharian penduduk di daerah ini tidak pernah terhenti.

Terbaru, kewujudan Skuad Kebersihan Masjid Ahli Parlimen Jeli yang dilancarkan minggu lalu akan menjadi titik tolak kepada usaha tersebut.

Memberi tumpuan kepada semua masjid di Parlimen Jeli, skuad yang terdiri daripada enam ahli jawatankuasa itu akan membantu membersihkan dan menceriakan masjid bersama jemaah serta penduduk setempat.

Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sebanyak 31 masjid terlibat dengan program berkenaan yang diadakan setiap Khamis dan Jumaat.

"Matlamat kita nak wujudkan suasana bersih dan ceria seterusnya membudayakan kebersihan dalam diri masyarakat.

"Kita buat untuk bantu jemaah masjid, kalau boleh tempat-tempat ibadah ini sentiasa bersih dan terjaga untuk keselesaan semua," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Mustapa berkata, segala kelengkapan untuk membersihkan masjid disediakan skuad kebersihan berkenaan termasuk sabun, penyapu, dan cat.

"Kita hanya nak kerjasama dan sumbangan tenaga daripada jemaah untuk sama-sama menjayakan program ini kerana kita hanya bertindak sebagai penggerak untuk pusingan pertama ini.

Artikel Berkaitan:

"Pusingan kedua akan diteruskan dan kalau boleh ia menjadi rutin penduduk di sini," katanya.