Tanah Merah mula dilanda banjir

Keadaan jalan raya yang ditenggelami air di sebuah kawasan di Tanah Merah pada petang Selasa. Foto: Ehsan Pembaca
Keadaan jalan raya yang ditenggelami air di sebuah kawasan di Tanah Merah pada petang Selasa. Foto: Ehsan Pembaca
A
A
A

KOTA BHARU - Tanah Merah menjadi jajahan terbaharu dilanda banjir di Kelantan bermula petang Selasa berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebanyak empat pusat pemindahan sementara dibuka di jajahan tersebut bagi menempatkan 57 mangsa kumpulan pertama.

Sehingga jam 10.21 malam, 13 keluarga berkenaan dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kelewek, Dewan Pemindahan Banjir Tebing Tinggi, Balai Raya Padang Kijang dan Sekolah Menengah Agama (A) Kajang.

Kesemua mangsa membabitkan, 19 lelaki dewasa, 16 perempuan dewasa,sembilan kanak-kanak lelaki dan 13 perempuan serta seorang wanita kurang upaya.

Seramai 12 mangsa terdiri daripada tiga keluarga ditempatkan di SK Kelewek.

Tanah Merah menjadi jajahan terbaharu dilanda banjir di Kelantan bermula petang Selasa berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu. Foto: Ehsan Pembaca
Tanah Merah menjadi jajahan terbaharu dilanda banjir di Kelantan bermula petang Selasa berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu. Foto: Ehsan Pembaca

Dua keluarga membabitkan 11 mangsa dipindahkan di Dewan Pemindahan Banjir Tebing Tinggi.

Seramai 13 mangsa terdiri daripada tiga keluarga pula berada di Balai Raya Padang Kijang.

Artikel Berkaitan:

Di PPS SMU (A) Kajang pula terdapat seramai 21 mangsa melibatkan lima keluarga.

Sementara itu, kesemua 78 mangsa yang berlindung di tiga PPS di Gua Musang pula sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak petang tadi.