X

Kindly register in order to view this article
!

UMNO tidak akan membelakangkan MN: Shahril Sufian

Shahril Hamdan
A
A

SHAH ALAM - UMNO tidak akan membelakangkan Muafakat Nasional (MN) yang telah terbentuk jika pertalian bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terputus.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, UMNO masih lagi menaruh harapan untuk mengukuhkan kedudukan mereka dengan kerjasama Pas.

“Saya hanya boleh menyentuh pendirian UMNO iaitu kami masih menaruh harapan untuk mengukuhkan kerjasama dengan Pas.

“Jika pertalian UMNO dan Bersatu terputus sekalipun, UMNO tidak akan membelakangkan persahabatan MN yang telah terbentuk,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Selasa.

Tambahnya, persidangan bahagian juga menegaskan bahawa tiada kerjasama yang akan dijalankan antara UMNO dan juga DAP serta Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shahril berkata, walaupun pertalian bersama Bersatu terputus, ia tidak bermaksud dapat menggantikan dengan pihak lawan lain dengan mudah tanpa usul periksa.

Menjawab isu Pilihan Raya Umum (PRU) akan diadakan dalam masa terdekat, Shahril berkata, kuasa menentukan pembubaran Parlimen dan PRU adalah terletak di tangan Perdana Menteri dan diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

“UMNO boleh mempengaruhi dari sudut politik kerana umum sedia maklum jumlah blok Ahli Parlimen UMNO yang selama ini mendukung kerajaan PN di Dewan Rakyat.

“Namun, penentuan PRU bukan semata-mata di tangan UMNO dan selain UMNO bertindak, pihak lain juga ada perancangan dan tindakan balas dan perkara ini akan diteliti oleh MKT (Majlis Kerja Tertinggi).

“Pendirian MKT sebelum ini juga telah disiarkan berkaitan Kerajaan mengembalikan mandat kepada rakyat sesegera yang mungkin. Jika kelak ada pendirian untuk mendesak lebih jelas dan khusus daripada itu, kenyataan rasmi lain akan dikeluarkan selepas Mesyuarat MKT,” katanya.

Katanya, UMNO perlu fokus kepada kekuatan parti sendiri supaya tidak perlu terlalu bergantung harap kepada pihak lain.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!