YPU sedia bantu pengusaha denim 'Made in Besut'

Mohd Nurkhuzaini (tengah) bertemu Ahmad Safuan (kanan) dan rakan-rakannya di RDH, Jertih.
Mohd Nurkhuzaini (tengah) bertemu Ahmad Safuan (kanan) dan rakan-rakannya di RDH, Jertih.
A
A
A

JERTIH - Kesungguhan dan kejayaan seorang pengusaha seluar jean tempatan yang membawa jenama Raw Denim House (RDH) ‘Made in Besut’ di sini, mendapat perhatian kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman berkata, kerajaan negeri bersedia membantu pemilik RDH agar perniagaannya terus berkembang.

Menurutnya, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) akan membantu pemiliknya, Ahmad Safuan Nizam Kamaruddin, 30, kerana usahawan muda itu mempunyai rancangan perniagaan masa depan yang baik.

“Dia telah memenangi tempat kedua ikon usahawan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 2019 dan kemenangan itu amat membanggakan rakyat Terengganu,” katanya selepas melawat premis RDH di sini.

Mohd Nurkhuzaini berkata, seluar jean yang dihasilkan dengan rekabentuk tersendiri itu boleh dikomersialkan lebih luas lagi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Denim Besut dikenali dunia]

Katanya, menjadi hasrat YPU untuk membantu melonjakkan usahawan denim tempatan agar dikenali di seluruh dunia.

“Kita datang sendiri ke RDH untuk mendapatkan maklumat tentang keperluan yang diperlukan pemiliknya.

Artikel Berkaitan:

“Mungkin kita boleh sediakan tempat yang lebih luas atau buka cawangan baru,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi YPU berkata, usaha Ahmad Safuan perlu dicontohi usahawan muda lain kerana dia mampu membawa RDH pada tahap sekarang tanpa bergantung kepada pinjaman daripada agensi kewangan.

Menurutnya, Ahmad Safuan membangunkan syarikat menggunakan wang yang dikumpul sedikit demi sedikit hasil daripada keuntungan yang diperoleh.