Banjir: 17 loji rawatan air di Pahang ditutup

LIPIS- Kelihatan bangunan-bangunan yang hampir ditenggelami banjir dan terputus hubungan selepas hujan lebat turun lebih tiga hari ketika tinjauan udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 17 loji rawatan air (LRA) di tujuh daerah di Pahang terpaksa ditutup ekoran banjir, menurut Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).

PAIP menerusi kenyataan di sini pada Selasa, memaklumkan secara keseluruhan 26 LRA terjejas akibat banjir, namun sembilan daripadanya sudah mula beroperasi mulai jam 11 pagi tadi.

"LRA yang masih ditutup melibatkan loji dalam Raub, Lipis, Maran, Bentong, Bera, Jerantut dan Temerloh.

"Ia ekoran peningkatan paras sungai dan bekalan elektrik yang terputus," menurut kenyataan itu.

Bagi membantu penduduk, PAIP telah menghantar lori tangki ke kawasan yang terjejas khususnya di pusat pemindahan sementara selain turut mengagihkan air minuman kepada orang ramai.

PAIP turut menerima bantuan tambahan lori tangki melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) daripada operator air negeri termasuk dari Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. - Bernama

Artikel Berkaitan: