Garis masa azam tahun baharu

No Image Caption
A
A
A

DIAM tak diam, sudah enam hari kita berada dalam tahun 2021. Walaupun tahun baharu ini bermula dengan banjir besar di beberapa negeri, ia bukan halangan untuk Merak Jalanan menoleh ke belakang, menilai kembali pencapaian dan kegagalan peribadi sepanjang 2020. Kemudian, barulah memasang azam untuk tahun 2021 pula.

Prestasi diri kita boleh dinilai berdasarkan kiraan matematik yang mudah. Ia meliputi semua perkara, daripada kerjaya, kesihatan sehinggalah aspek kerohanian.

Sebagai contoh, jika kita mempunyai pendapatan RM3,000 sebulan dan berazam untuk menyimpan 10 peratus daripadanya, kita akan dapat menabung RM300 sebulan atau RM3,600 setahun.

Merak Jalanan tahu, ramai yang terjejas pendapatan akibat Covid-19. Namun, untuk mencapai azam dari segi kesihatan, kadangkala tidak perlukan wang sebagai modal. Jadi, kalau kita menyasarkan untuk berjoging dua kali seminggu dengan 30 minit setiap sesi, kita mampu melakukannya sebanyak 104 kali atau selama 52 jam setahun.

Jika ingin meningkatkan ibadah dengan solat lima waktu secara berjemaah pula, angkanya akan mencecah 1,825 kali setahun.

Kalaupun tidak mencapai sasaran 100 peratus, prestasi kita masih dianggap baik andai dapat menabung RM3,000, berjoging 80 kali dan solat berjemaah 1,500 kali dalam setahun. Inilah yang dipanggil matlamat hidup.

Di Amerika Syarikat (AS) yang kes Covid-19 sudah melepasi angka 20 juta kes dan lebih 351,000 kematian, rakyatnya masih memasang azam untuk tahun 2021.

Mengikut satu tinjauan baru-baru ini, rakyat AS mempunyai lebih daripada satu azam tahun baharu, 44 peratus ingin bersenam lebih banyak, sementara 42 peratus merancang makan makanan lebih sihat pada tahun 2021.

Artikel Berkaitan:

Pesan Merak Jalanan, pasanglah azam, kerana kejayaan bermula daripada sebuah impian.