'Bossku bergerak bukan atas platform Umno'

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kemunculan semula bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kembali aktif dalam arena politik sebenarnya bukan bergerak di atas platform parti itu.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Najib mempunyai gaya dan pendekatan tersendiri dalam usaha mendekati dan memberikan penjelasan kepada rakyat.

"Pendekatan Najib yang guna 'Malu Apa Bossku' bukan atas platform Umno, itu gaya tersendiri beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan 'Malu Apa Bossku' sepatutnya 'Tolonglah Malu Bossku'

"Saya yakin apa yang dilakukan oleh beliau adalah untuk menyatukan semula rakyat Malaysia agar tidak berpecah," katanya dalam sidang media selepas program Bicara Minda Sinar Harian, semalam.

Tambah Mohamad, beliau berterima kasih sekiranya apa yang dilakukan oleh Najib memberi nilai tambah BN dan Umno.

"Sesiapa sahaja boleh beri khidmat, saya alu-alukan. Saya mempunyai dasar tidak meletakkan had atau panduan," katanya.

Ditanya, adakah populariti Najib akan digunakan dalam PRK Semenyih seperti di Cameron Highlands, Mohamad menafikan perkara tersebut dan menyatakan perkataan 'guna' itu tidak sesuai digunakan terhadap Najib.

Artikel Berkaitan:

"Semasa PRK Cameron Highlands, BN dan Umno tidak menjemput beliau tetapi dia dijemput oleh warga Felda dan Persatuan Tok Batin kerana jasanya.

"Kita tak jemput beliau, jangan cepat cemburu. Saya alu-alukan perkara yang boleh memberi nilai tambah kepada parti," katanya.