Mangsa banjir di pusat pemindahan perlu lalui saringan Covid-19

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Setiap mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan perlu lalui saringan Covid-19, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir disaran berhubung dengan pusat kawalan bencana di daerah terjejas bagi memastikan kelancaran program mereka.

Ismail Sabri berkata, mereka akan memperoleh maklumat lengkap berhubung jumlah mangsa, lokasi yang terlibat serta jenis bantuan yang diperlukan.

“Kerajaan tidak menyekat aktiviti NGO dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa yang memerlukan. Cuma saya nasihatkan, perlu hubungi pusat pengurusan bencana,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini pada Selasa.

Selain itu juga katanya, bantuan tersebut turut boleh disalurkan kepada mangsa banjir yang tidak dapat keluar dari kawasan masing-masing.

Mengenai arahan bekerja dari rumah, Ismail Sabri berkata, hingga kini tiada sebarang perubahan mengenai perkara itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: