Pemecatan Annuar tidak jejas GRS

Bung Moktar - Foto Bernama
Bung Moktar - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Pemecatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) tidak menjejaskan kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bagaimanapun berkata, pihaknya tidak menafikan perkara berkenaan boleh menghasilkan 'tempias' sendiri terutama di peringkat akar umbi.

"Tidak dapat dinafikan memang ada sedikit tempias khususnya kepada masyarakat di peringkat akar umbi.

"Tetapi di peringkat kepimpinan saya telah menyatakan bahawa UMNO Sabah dan bersama-sama sahabat kita akan sentiasa mempertahankan kerajaan (GRS)," katanya pada Selasa.

Bung Moktar pada Selasa turut menyatakan pendirian untuk terus kekal mempertahankan kerjasama dengan GRS.

ARTIKEL BERKAITAN: Annuar enggan komen, dalam tempoh bertenang

Terdahulu, media melaporkan Presiden BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Datuk Seri Ahmad Maslan menggantikan Annuar sebagai Setiausaha Agung BN berkuatkuasa serta-merta.

Artikel Berkaitan: