NUTP bantah saranan batal peperiksaan SPM

Kenyataan dikeluarkan NUTP pada Selasa.
Kenyataan dikeluarkan NUTP pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) membantah saranan membatalkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan Februari ini.

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan berkata, SPM merupakan peperiksaan awam dan sumatif yang paling penting.

"Sebarang keputusan untuk meminda sijil peperiksaan SPM tidak boleh dibuat dalam keadaan tergesa-gesa kerana ini adalah titik permulaan kepada penentu kerjaya masa hadapan seseorang pelajar.

"Peperiksaan SPM adalah peperiksaan terakhir yang akan diduduki oleh pelajar sekolah menengah sebelum memasuki Tingkatan Enam atau pendidikan teknik.

"Sijil peperiksaan SPM merupakan setaraf dengan Sijil Umum Pendidikan Menengah (GCSE) di England, Wales dan Ireland Utara di mana seramai empat per lima penduduk di Scotland dan memiliki 'GCSE: Ordinary Level (GCE: O Level)' iaitu tahap biasa di negara Komanwel yang merupakan syarat utama untuk menyambung pelajaran di universiti atau di institusi pengajian tinggi," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sehubungan itu, Tan berkata, Malaysia harus mengekalkan standard sijil SPM supaya sistem pendidikan negara bertaraf dunia dan tidak akan dipertikaikan.

"NUTP yakin Kementerian Pendidikan mampu melaksanakan peperiksaan ini berdasarkan kemampuan dan kepakaran yang sedia ada," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mencadangkan agar peperiksaan SPM dibatalkan berikutan peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Artikel Berkaitan: