Klopp kecewa Liverpool tumpas

Jurgen Klopp
Jurgen Klopp
A
A
A

PENGENDALI Liverpool Jurgen Klopp nyata kecewa apabila menyaksikan skuad kendaliannya itu tumpas 0-1kepada Southampton di St Mary, pada awal pagi Selasa.

Menurut Klopp, kekalahan berkenaan secara tidak langsung memberikan kesan besar terhadap kedudukan Liverpool di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL), ketika ini.

Justeru Klopp menuntut penjelasan lanjut daripada kesebelasan The Reds berikutan kekalahan mengejut itu.

"Apa yang mengecewakan? Pastinya dari awal perlawanan; bukan sahaja kerana gol awal lawan, tetapi dari awal perlawanan secara keseluruhannya.

"Dari awal perlawanan, khususnya daripada cara kita bermain kita telah dihukum apabila kita kehilangan bola.

"Kita seharusnya beraksi dengan lebih baik kali ini, tetapi kita telah terikut-ikut dengan rentak mereka. Tahniah kepada Southampton, mereka berhak menang," katanya.

Pada aksi awal pagi Selasa itu, Southampton menjaringkan gol tunggal perlawanan seawal miniit ke-2 menerusi bekas bintang Liverpool Danny Ings.

Kekalahan berkenaan menyaksikan Liverpool kini berkongsi 33 mata dengan pencabar terdekat Manchester United di puncak EPL yang kurang satu perlawanan setakat ini.

Artikel Berkaitan:

Skuad The Reds yang mencatat sembilan kemenangan, enam seri dan tewas dua kali daripada 17 perlawanan mungkin berjaya dicabar United yang mencatat 10 kemenangan, tiga sei dan tewas tiga kali daripada 16 perlawanan setakat ini jika berjaya menewaskan Burnley 13 Januari ini.

Paling menarik kedua-dua pasukan kaan bertembung sesama sendiri di Anfield pada awal pagi 18 Januari ini.

Sementara itu Klopp turut menyifatkan, tidak ada alasan terhadap kekalahan berkenaan dan berharap kesebelasan pemainnya dapat bangkit selepas ini. seharusnya mendapat sepakan penalti pada perlawanan berkenaan.

"Pemain-pemain ini adalah pemain yang berkaliber, tetapi ternyata tidak bersedia daripda awal perlawanan.

"Oleh itu, ia bukannya satu alasan atas persembahan buruk yang dipamerkan, tetapi alasan gagal mendapatkan mata yang seharusnya dimiliki," katanya.