X

Kindly register in order to view this article
!

16 anggota, pegawai PDRM Kedah dibuang kerja

Hasanuddin (dua dari kanan) menyematkan pangkat kepada pegawai yang dinaikkan pangkat daripada Inspektor kepada Asisten Superitendan (ASP) sempena perhimpunan bulanan di IPK Kedah di Alor Setar pada Selasa.
A
A

ALOR SETAR - Seramai 16 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah dikenakan tindakan buang kerja sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kes tersebut melibatkan pelbagai kesalahan termasuk salah laku tatatertib, rasuah dan dadah.

Menurutnya, sebanyak 192 kertas siasatan pula dibuka membabitkan kes salah laku anggota sejak Januari hingga Disember 2020.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 109 kes disiasat di bawah kertas siasatan tatatertib, manakala 83 kes melibatkan kertas enkuiri tatatertib,” katanya pada sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan PDRM kontinjen Kedah yang pertama di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) di sini pada Selasa.

Hasanuddin berkata, kes salah laku anggota PDRM di Kedah bagaimanapun masih terkawal dan tidak membimbangkan, namun pihaknya tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas bagi membendung kes terbabit.

“Mana-mana anggota yang didapati melakukan pelbagai salah laku, kita akan buka kertas siasatan. Pada masa sama kita juga buka kertas siasatan dalaman sebelum dinilai pegawai pengadil bagi menentukan bentuk tindakan sama ada digantung atau dibuang kerja,” katanya.

Menurutnya, tindakan pihaknya itu selari dengan hasrat Ketua Polis Negara supaya anggota polis yang memalu dan mengaibkan pasukan PDRM diambil tindakan termasuk dihentikan perkhidmatan.

Sementara itu, mengulas sama ada kes salah laku anggota PDRM Kedah turut terbabit atau sebaliknya dalam kes kartel daging sejuk beku haram yang menggemparkan negara, beliau berkata, setakat pemantauan dilakukan tiada kes dilaporkan.

“Setakat ini di Kedah tiada anggota terlibat dengan kes kartel daging, tetapi sekiranya ada, kita akan tegas ambil tindakan sewajarnya,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!