Pemangku Raja Pahang cemar duli lawat mangsa banjir di Raub

Tengku Hassanal meninjau sendiri keadaan banjir yang melanda beberapa kampung di Raub dalam lawatan baginda pada Isnin. - Foto ihsan Unit Media Pejabat Sultan Pahang
Tengku Hassanal meninjau sendiri keadaan banjir yang melanda beberapa kampung di Raub dalam lawatan baginda pada Isnin. - Foto ihsan Unit Media Pejabat Sultan Pahang
A
A
A

RAUB - Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat ke 24 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar daerah ini pada Isnin.

Unit Media Pejabat Sultan Pahang memaklumkan, baginda meluangkan masa kira-kira lima jam bermula jam 11.30 pagi bagi melihat dan mendengar sendiri rintihan penduduk akibat bencana alam itu.

Tengku Hassanal bertanya khabar mangsa banjir di salah sebuah PPS di Raub yang dilawati baginda pada Isnin. - Foto ihsan Unit Media Pejabat Sultan Pahang
Tengku Hassanal bertanya khabar mangsa banjir di salah sebuah PPS di Raub yang dilawati baginda pada Isnin. - Foto ihsan Unit Media Pejabat Sultan Pahang

"Selain bertanya khabar, Tengku Hassanal turut mengurniakan sumbangan peribadi dan sumbangan daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bagi meringankan beban mangsa terlibat.

"Dalam lawatan itu juga, baginda turut meninjau sendiri kawasan-kawasan yang dinaiki air dengan diberikan taklimat ringkas daripada pihak berkuasa," kata kenyataan tersebut.

Tengku Hassanal melawat mangsa banjir di salah sebuah PPS di Raub pada Isnin. - Foto ihsan Unit Media Pejabat Sultan Pahang
Tengku Hassanal melawat mangsa banjir di salah sebuah PPS di Raub pada Isnin. - Foto ihsan Unit Media Pejabat Sultan Pahang

Turut mengiringi baginda ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

Antara PPS yang dilawati Tengku Hassanal ialah Surau Al-Hidayah Kampung Melayu Sempalit, Dewan Kegiatan Gali Tengah, Dewan Serbaguna Gali Hilir, Balai Raya Kampung Sungai Pasu, Balai Raya Kampung Durian Sebatang, Dewan Dato' Seriwa Dong, Sekolah Kebangsaan (SK) Muhammad Jabar, Masjid Kuala Temau, Dewan Kampung Pia dan Balai Raya Kampung Jeruas.

Artikel Berkaitan: