X

Kindly register in order to view this article
!

PN lantik 14 Pengerusi Badan Perhubungan Negeri

Hamzah - Foto fail Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 14 Pengerusi Badan Perhubungan Negeri (BPN) Perikatan Nasional (PN) dilantik pada Selasa, termasuklah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi BPN Johor.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan di Facebook miliknya berkata, kesemua lantikan dibuat oleh Pengerusi PN itu selepas bermesyuarat bersama Majlis Tertinggi PN.

“Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pula dipilih mengetuai BPN Terengganu, manakala Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dilantik sebagai Pengerusi BPN Kelantan.

“Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Pengerusi BPN Selangor dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Pengerusi BPN Perak,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang lain adalah Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor (Pengerusi BPN Kedah); Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor (Sabah); Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah (Pahang) dan Pengerusi Parti Bersatu Negeri Sembilan Datuk Eddin Syazlee Shith (Negeri Sembilan).

Selain itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Shabudin Yahaya (Pulau Pinang); Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Shukri Ramli (Perlis); Exco Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (Melaka); Pengerusi Bersatu Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (Sarawak) dan Setiausaha Kerja Bersatu, Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya (Wilayah Persekutuan). - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!