Bilangan mangsa banjir di Johor meningkat kepada 5,499

Bilangan mangsa banjir di Johor meningkat ke 5,499 orang daripada 1,414 keluarga setakat 12 tengah hari ini.
Bilangan mangsa banjir di Johor meningkat ke 5,499 orang daripada 1,414 keluarga setakat 12 tengah hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat semula dengan merekodkan 5,499 orang daripada 1,414 keluarga setakat jam 12 tengah hari pada Selasa.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu meningkat sedikit berbanding 5,485 orang daripada 1,408 keluarga setakat jam 8 pagi.

"Satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Jalan Pemuda, Segamat ditutup pada jam 9.30 pagi tadi. Sebelum ini PPS itu menempatkan lima mangsa daripada satu keluarga dari Kampung Tengah, Segamat.

"Terkini 52 PPS yang masih beroperasi melibatkan sekolah, dewan, surau dan balai raya menempatkan mangsa banjir dari Johor Bahru, Kota Tinggi, Kluang, Batu Pahat, Mersing, Pontian dan Segamat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Segamat membantu membersihkan rumah penduduk yang terjejas akibat banjir di Kampung Seremin, Segamat pada Selasa.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Segamat membantu membersihkan rumah penduduk yang terjejas akibat banjir di Kampung Seremin, Segamat pada Selasa.

Sementara itu, beliau berkata, berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi, air pasang terus berlaku di Tanjung Sedeli, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kukup, Pontian pada Selasa.

Jelasnya, air pasang berlaku di Tanjung Sedili pada jam 2.50 pagi dan 1.35 petang dengan ketinggian 252 meter dan 190 meter, Johor Bahru jam 3.35 pagi dan 1.11 petang (303 meter dan 302 meter) dan Kukup jam 3.14 pagi dan 3 petang (268 meter dan 3281 meter).

Dalam pada itu, seramai enam anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Segamat membantu membersihkan rumah penduduk yang terjejas akibat banjir di Kampung Seremin, Segamat, pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Kerja-kerja membasuh rumah daripada air kotor, lumpur dan tanah tersebut yang bermula pada jam 7.30 pagi selesai pada 10 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumlah mangsa banjir di Johor menurun kepada 5,485