Amaran cuaca waspada di pantai timur Semenanjung dan Sabah

MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan serta beberapa kawasan di Terengganu, Pahang dan Sabah hari ini.
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan serta beberapa kawasan di Terengganu, Pahang dan Sabah hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Selasa mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan serta beberapa kawasan di Terengganu, Pahang dan Sabah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 7.25 pagi ini memaklumkan di Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang manakala di Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut.

Sementara itu, bagi Sabah pula, daerah yang terjejas melibatkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) serta Kudat. - Bernama

Artikel Berkaitan: