PM lawat mangsa banjir di Kota Tinggi hari ini

Tinjauan pihak bomba dari udara merakamkan bandar Kota Tinggi pada Isnin hampir lumpuh akibat ditenggelami banjir.
Tinjauan pihak bomba dari udara merakamkan bandar Kota Tinggi pada Isnin hampir lumpuh akibat ditenggelami banjir.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan melawat mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di bandar Kota Tinggi pada Selasa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir akan melawat PPS di Kolej Vokasional Kota Tinggi pada jam 12.30 tengah hari.

Kemudian Perdana Menteri akan melawat PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Laksamana pada jam 1.20 petang.

Anggota bomba melakukan tinjauan dari udara melihat keadaan bandar Kota Tinggi pada Isnin yang ditenggelami banjir termasuk beberapa jalan utama terputus hubungan.
Anggota bomba melakukan tinjauan dari udara melihat keadaan bandar Kota Tinggi pada Isnin yang ditenggelami banjir termasuk beberapa jalan utama terputus hubungan.

Beliau yang akan diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad akan diberikan taklimat dan perkembangan terkini situasi banjir di negeri ini terutama Kota Tinggi yang merupakan daerah paling teruk terjejas.

PPS di Kolej Vokasional Kota Tinggi yang dibuka pada jam 11 pagi sejak Isnin menempatkan 126 mangsa banjir melibatkan 28 keluarga dari Taman Kota Jaya.

Sementara PPS di SK Laksamana pula menempatkan 156 mangsa banjir melibatkan 35 keluarga dari Taman Aman, Batu 25 dan Taman Mawai.

Jumlah mangsa banjir di Kota Tinggi setakat ini berjumlah 2,707 daripada 682 keluarga yang ditempatkan di 23 PPS melibatkan sekolah, dewan, surau dan balai raya.

Artikel Berkaitan:

Setakat jam 8 pagi pada Selasa, seramai 5,845 mangsa banjir daripada 1,408 keluarga ditempatkan di 53 PPS seluruh negeri.